PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang sebanyak RM794,900 dalam akaun Tabung Haji milik bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan isterinya.
Pihak pendakwaan juga gagal dalam rayuan di mahkamah sama untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru berhubung permohonan untuk melucutkan hak ke atas 243,603.24 unit Amanah Saham Bumiputera di bawah nama anak lelakinya, Ahmad Arif Sabirin Abd Latif.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Suraya Othman, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk pelucuthakan terhadap Abdul Latif dan keluarganya.
Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Abdul Latif dan keluarganya serta Timbalan Pendakwa Raya Samihah Razali mengesahkan keputusan mahkamah itu.
Siti Sarah yang hadir bersama peguam Afuddin Ahmad Hafifi dan Abdul Rahim Ali, memberitahu media mahkamah bersetuju dengan penghujahan mereka bahawa pihak pendakwaan sepatutnya memfailkan permohonan pelucuthakan itu di bawah Seksyen 55 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA).
Siti Sarah berkata beliau berhujah permohonan pelucuthakan pihak pendakwaan sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 55 Akta AMLATFPUA kerana Abdul Latif didakwa mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Beliau berkata pihak pendakwaan telah memohon pelucuthakan di bawah Seksyen 56 Akta AMLATFPUA yang tidak terpakai terhadap orang yang dituduh.
Pada 25 Nov 2018 Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang sebanyak RM794,900 dalam akaun Tabung Haji milik Abdul Latif dan Nor Karmila Md Noor serta unit Amanah Saham Bumiputera di bawah nama Ahmad Arif.
Pada 21 April 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Abdul Latif dan dua yang lain atas 33 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM35.7 juta.
Dilaporkan pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Pada 20 Mei 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru juga menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melucutkan hak harta bernilai RM1.58 juta, yang antara lain termasuk kereta mewah dan jam tangan milik Abdul Latif dan keluarganya.
Rayuan berhubung keputusan itu masih lagi belum didengar di Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 24 2021
Pada 2018 Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucutkan hak ke atas wang sebanyak RM794,900 dalam akaun Tabung Haji milik Abdul Latif dan Nor Karmila Md Noor serta unit ASB Ahmad Arif. - Bernama
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta
Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.
Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Najib Aroff & Farhan Hakimi;
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
Kes rasuah bekas Exco Johor: SPRM akan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi
Rayuan akan dibuat hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.